Sunday, November 18, 2007

Coretan Rasa Hati


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang
yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul kita
akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan untuk
kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa
berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang denga
perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat
yang pernah dialami. Memang benar, yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balsan. Nantikan sahaja
ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati
anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati
pada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang,satu
hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil
masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan
susut.Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan
hati hati anda tersenyum.Akan tiba satu ketika di
dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi
anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang
ingin anda mimpikan,pergilah ke mana-mana yang ingin
anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana
anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik,percubaan yang cukup
untuk membuatkan anda kuat,kesedihan yang cukup untuk
memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan
diri anda dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda,fikirkanlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik.Mereka hanya membuat yang
terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam
perjalanan hidup mereka.Kebahagiaan terletak kepada
mereka yang menangis,mereka yang terluka,mereka yang
telah mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya
mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.Cinta bermula dengan
senyuman,mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa yang
berteraskan kehidupan yang lalu yang telah
dilupakan.Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan anda
menangis dan orang disekeliling anda
tersenyum.Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda
mati nanti.andalah yang akan tersenyum dan orang
disekeliling anda pula yang akan menangis.Sampaikan
pada sebanyak mana orang yang anda tersayang,tanda
peringatan anda pada mereka...

No comments: