Sunday, November 18, 2007

kancil 660 yg power..heheh


Di suatu petang yang nyaman di sebatang jalan. Ada seorang pakcik. Sedang beliau melayan blues tetiba keta beliau mengalami kerosakkan dan berhentilah dia di tepi jalan. Ketika beliau sedang memeriksa ketanya datanglah sebuah keta Mitsubishi Evo 8 dipandu oleh sorang pemuda berhenti di sebelah ketanya "assalammualaikum, ada masalah ke pakcik? nak saya tolong tengokkan?" kata pemuda dengan penuh kesopanan, "waalaikumsalam, entahlah tetiba je rosak. Boleh juga kalo anak tolong tengokkan, pakcik ni bukannya reti sangat pasal keta ni" kata pakcik terbabit.

Setelah diperiksa pemuda itu pun bersuara "Keta ni elok pakcik hantar workshop sebab enjinnye rosak". Peninglah kepala pakcik itu memikirkan bagaimana beliau hendak menghantar ketanya ke workshop yang terletak agak jauh dari situ, tetiba pemuda tadi memberikan satu cadangan "macam nilah pakcik, kita tunda keta pakcik ni guna keta sport saya pergi workshop, apa macam setuju?" oleh kerana tiada cara lain maka bersetujulah pakcik terbabit. "Pakcik duduk dalam keta jaga stereng dengan brek, kalo saya laju pakcik bagi isyarat lampu dan bunyikan hon nanti saya perlahanlah". Mengangguklah pakcik itu tanda faham.

Sesampainya mereka di satu persimpangan lampu isyarat yang pada masa itu lampu merah dengan tak semena-mena muncullah sebuah keta Nissan Skyline berhenti di sebelah keta pemuda terbabit, sambil menekan-nekan minyak seolah-olah mencabar pemuda itu untuk berlumba. Walaupun pada mulanya pemuda terbabit cuba untuk tidak ambil peduli namun setelah didesak beberapa kali maka angin satu badanlah pemuda terbabit dan bersedialah mereka untuk berlumba, setelah lampu bertukar hijau memecutlah kedua-dua keta sambil cuba untuk memotong antara satu sama lain.

Sesampainya mereka di satu kawasan ada sorang anggota polis bertugas sedang menjalankan operasi perangkap had laju, setelah mereka melalui kawasan terbabit maka anggota polis tadi menghantar laporan pada rakan-rakannya yang lain "Bravo, sebuah keta Nissan Skyline sedang berlumba dengan sebuah keta Mitsubishi Evo 8 dengan kelajuan 280 km/j, tapi kalo aku cakap yang ni mesti korang takkan percaya punya sebuah keta kancil 660 sedang mengekori rapat sambil memberi isyarat lampu dan membunyikan hon untuk memotong!" Kata polis tadi sambil ternganga melihat akan kehebatan keta kancil 660 itu.

No comments: